Di dalam sebuah laut, tinggal satu keluarga ikan yang hidup aman dan damai. Keluarga ikan ini terdiri daripada ibu dan tiga ekor anak-anaknya. Anak ikan ini bernama Lala, Lulu dan Lolo.

Lala dan Lulu merupakan anak ikan yang baik dan selalu menurut perintah ibunya. Lolo merupakan anak yang paling kecil, nakal dan selalu bertindak mengikut kata hati. Walaupun Lolo merupakan anak yang nakal, dia tetap disayangi oleh ibunya sama seperti Lala dan Lulu.

Suatu hari, ibu ikan mengajak anak-anaknya mencari makanan di kawasan yang berhampiran dengan rumahnya. Ibu ikan hanya membawa anak-anak di kawasan yang selamat sahaja. Hal ini kerana terdapat satu kawasan yang sering dikunjungi pemancing. Jika mereka ke kawasan tersebut, nyawa mereka akan terancam

Keesokan harinya, Lolo mengajak kuda laut keluar bermain dengannya. Lolo dan kuda laut bermain di kawasan yang berhampiran dengan rumah mereka. Setelah puas bermain di situ, Lolo mengajak kuda laut menemaninya untuk pergi ke tempat larangan yang dikatakan oleh ibunya. Tujuan Lolo kesana adalah untuk mengetahui apakah yang terdapat disana.

Tetapi kuda laut tidak mahu mengikut Lolo ke sana walaupun telah dipujuk oleh Lolo. Akhirnya, Lolo membuat keputusan untuk pergi bersendirian.

Setelah sampai di sana, Lolo terus meninjau seluruh kawasan larangan tersebut Pada pandangan pertamanya, tempat tersebut tidak berbeza dengan mana-mana tempat yang pernah dikunjunginya.

Lolo menghabiskan masanya dengan meneliti setiap sudut tempat tersebut. Tidak berapa lama kemudian, Lolo pun ternampak banyak makanan. Makanan itu sebenarnya adalah cacing yang tersangkut di mata kail. Tanpa berfikir panjang, Lolo terus makan cacing tersebut kerana perutnya terlalu lapar.

Tanpa Lolo sedari …………………………………………………..

Untuk mengetahui apa yang terjadi pada Lolo, Klik  DISINI dan teruslah bersama www.letzhop.com

Advertisements